KO-KURIKULUM

KOKO | RUMAH | UNIFORM | PERSATUAN | KELAB

LAPORAN MAJLIS SUKAN SEKOLAH 2005

 

Pengerusi : Pn. Hajah Zainab Bte Ismail ( Pengetua )
Naib Pengerusi : Cik Hajah Norlin Bte Arshad ( GPK 1 )
Pn.Hajah Muriatun Bte Mohd.Said ( GPK HEM )
En.Wong Chee Kiong ( GPK Kokurikulum )
Setiausaha : En.Ramzi Bin Hj.Na'aim
Pen.Setiausaha : En.Wan Efendi Bin Wan Ismail
Ahli Jawatan Kuasa : Guru-guru Kanan Bidang
Ketua-ketua guru rumah sukan
Guru-guru permainan

Majlis yang dipengerusikan oleh Tuan Pengetua ini telah ditubuhkan sejak sekolah ini mula diasaskan. Ia berfungsi sebagai satu badan yang menyelaraskan aktiviti-aktiviti sukan di sekolah ini. Mesyuarat dikalangan ahli-ahli majlis dijalankan dari semasa ke semasa bagi membincangkan masalah-masalah yang berkaitan dengan pasukan sekolah dalam kejohanan-kejohanan yang dipertandingkan sama ada diperingkat sekolah, daerah mahupun negeri. Disamping itu majlis ini juga bertanggungjawab dalam merancang dan melaksanakan segala program-program yang berkaitan dalam pembangunan bidang sukan di sekolah ini terutamanya dalam mencungkil dan mengasah bakat-bakat baru bagi mewakili sekolah serta mengharumkan nama baik sekolah.

 

Aktiviti di peringkat sekolah dan daerah dalam tahun 2005 :

a. Merentas Desa
b. Kejohanan sukan olahraga tahunan
c. Menyertai Kejohanan Merentas Desa L/P15 dan 18 MSSD Segamat
d. Menyertai pertandingan bola jaring P15 dan P18 peringkat MSSD Segamat
e. Menghantar kontinjen Olahraga L18/15 dan P18/15 ke kejohanan Olahraga tahunan peringkat MSSD Segamat.
f. Pertandingan bola sepak 5 sebelah,bola Jaring dan Bola Tampar peringkat Sekolah sempena Hari Kokurikulum dan Pasaria kali ke-3
g. Menyertai pertandingan hoki L/P 14 peringkat MSSD Segamat - Ketiga
h. Menyertai pertandingan Catur L15/18 MSSD Segamat
i. Menyertai Pertandingan Bola Sepak L15 MSSD Segamat.
j. Menyertai Pertandingan Sepak takraw L18 Peringkat MSSD Segamat
k. Menghantar wakil Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas dan Karnival Sukan Permainan .

 

LAPORAN KONTINJEN OLAHRAGA MSSD SEGAMAT 2005

Kejohanan Olahraga MSSD Segamat telah diadakan pada 8 – 11 Mac 2005 di padang SMK Dato' Bentara Dalam,Segamat. Kontijen Olahraga SMK LKTP Pemanis telah menghantar seramai 2 orang pegawai dan 22 orang atlit sekolah untuk mengambil bahagian dalam beberapa acara yang dipertandingkan. Keputusan pada tahun ini tidak menggalakkan kerana kekurangan atlit yang berkebolehan.

Keputusan Pertandingan : Memperolehi 2 pingat gangsa sahaja

Pingat gangsa : Lempar Cakera P13 - Siti Norainena Bte Suhih

Larian 4 X 400m L13 (Mohd.Khairil Suratman,Mohd.Haziq Abd.Rahim,Mohd.Syawal Surib dan Mohd.Syazwan Miskam).

Pada keseluruhannya, Majlis Sukan SMK LKTP Pemanis dari masa ke semasa akan mencari bakat-bakat baru yang perlu diasah dan diketengahkan untuk diberi pendedahan mengenai semua bidang sukan ke peringkat yang lebih tinggi.

 

KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN SMK LKTP PEMANIS KALI KE-10 BAGI TAHUN 2005

SMK LKTP Pemanis telah mengadakan kejohanan sukan Olahraga tahunan kali ke-10 pada 24 Februari 2005 pada jam 8.00pagi. Kejohanan ini telah dirasmikan oleh En.Mohd.Sarbini Bin Hj.Golong, Pen.Pengarah Belia dan Sukan daerah Segamat. Berbagai acara telah diadakan sebelum berlansungnya kejohanan ini iaitu :

a. Merentas Desa -14 hb Januari 2005
b. Sukantara -14 dan 15 hb.Februari 2005
c. Acara Sebelum Sukan - 18 dan 19 hb Februari 2005
d. Kejohanan Olahraga Tahunan - 24hb Februari 2005

Senarai acara yang dipertandingkan adalah seperti berikut :

a. 100 meter ,200 meter , 400 meter - Semua kategori peringkat Umur L/P13/15/18
b. 4 x 100 meter , 4 x 400 meter – Semua kategori peringkat Umur L/P13/15/18
c. Acara padang Lompat Jauh,lompat tinggi,lempar Cakera,lontar peluru dan merejam lembing - Semua kategori peringkat umur L/P13,15 dan 18

 

Keputusan Rasmi

PASUKAN

MERENTAS DESA

SUKANTARA

E

P

G

MATA KESELURUHAN

 

ZAMRUD

370

495

15

11

6

1145

 

NILAM

434

570

13

10

14

1203

 

DELIMA

390

416

8

13

13

1079

 

BERLIAN

395

385

6

8

9

889

 

Olahragawan : Nurul Hafizal Bin Jumat
Olahragawati : Noramira Bte Mohd.Anuar
Johan Sukantara : Rumah Nilam
Johan Merentas Desa : Rumah Nilam
Johan Perbarisan Rumah Sukan : Rumah Nilam
Johan Perbarisan Unit Beruniform : Pasukan Kadet Polis
Johan Keceriaan Rumah Sukan : Rumah Delima
Johan Kejohanan : Rumah Zamrud
Johan Keseluruhan : Rumah Nilam 

HAKCIPTA TERPELIHARA SMKPEM